Manusia adalah suatu ciptaan yang unik Allah ciptakan.
Lengkap dengan akal fikiran, bijak dalam merancang
perjalanan.
Tetapi kadang-kadang ada ketikanya tersungkur sebelum
mencapai kejayaan.
Alasan?
Terlalu mengharapkan apa yang diimpikan, terlalu memperjuangkan
angan-angan.
Namun mereka lupa dan alpa akan sesuatu,
“ Setiap Apa yang Kita inginkan , Belum Pasti dapat Kita
Genggam, Jika Bukan dengan Kehendak dan ketentuan Allah , Maha Pencipta”
Mudah mengeluh, Mudah meludahkan kata-kata kegagalan,
Sedangkan kehidupan masih belum sampai digarisan penamat.
Hidup ini umpama perlumbaan kawan.
Kadang-kadang kita kebelakang umpama kura-kura.
Tetapi beringatlah andai kita dihadapan seperti arnab
meskipun,
Andai kita lupa dan alpa, kesenangan akan mudah di rentap
oleh kemegahan sementara.
Jadi jangan terlalu Tersenyum bangga dengan kesenangan
hari ini,
Jadi jangan terlalu sedih dengan kegagalan hari ini,
kita umpama perlakon sementara di dalam kain layar dunia
ini,
Bersama memegang watak yang dipikul,
Selagi belum dikatakan “cut” oleh pengarah utama dalam
cerita kehidupan ini,
Jalanilah Cerita ini dengan Corakkan Lakonan kamu yang akan
sentiasa diingati
Bukan sahaja bekalan untuk di dunia tetapi untuk
pengakhiran dunia kelak.
Sama-sama menuju
untuk Award “ Pelakon Terbaik “ di sisi Allah.
Notakaki: Diri ini bukan terlalu baik untuk berbicara
berkaitan kemegahan dunia, bukan terlalu terbaik untuk pengakhiran dunia, Cuma
diri ini kerdil sentiasa tenggelam dan timbul dalam melengkapi kehidupan.
No comments:
Post a Comment