jangan katakan "ESOK".. Kerna ia bkn milik anda.. dan bkn milik sy.. tp apa y pasti..APA y ada ,berlaku "ESOK"..adalah takdir YANG Maha Kuasa

Monday, August 20, 2012

Berdarjat-darjat bezanya kasih sayang manusia

Dia menghadap laptopnya, sambil memandang skrin lutsinar dihadapannya yang mampu memancarkan sinaran cahaya. sinaran cahaya yang menggilakan seluruh manusia. iaitu sinaran cahaya laman sosialnya, Facebook. Laman sosial yang kadang-kadang membuatkan ratusan manusia alpa akan Tanggungjawab Wajib mereka seketika.

Namun disebalik kaca matanya, terselindung seribu pertanyaan dan kesangsian. Apakah? Mengapakah? Bagaimanakah? ya.. pelbagai persoalan yang melayang-layang di kepala. Siapa yang perlu ditunding jari?  Salah diri sendirikah..? Siapa yang perlu dipersalahkan Dalam Keadaan sebegini.

Mengenang kembali, suasana 40 tahun yang lalu. mengapa dia tidak dibesarkan seperti adik-beradiknya yang lain..? mengapa dia dipisahkan ? mengapa dia seperti disisihkan..? Pembawa balakah dia? Pemusnah kehidupankah dia? Menyusahkan kah kehadiran Dia..? pertanyaan itu hanya bermain di dalam benak fikirannya, tidak pernah diutarakan kepada mereka, Ya, mereka yang sepertinya menutup semua pekara , menjalani kehidupan ini seperti tiada apa-apa yang berlaku. Namun dia..? Luka dihati yang dibawa bersama, tidak lagi berdarah, parutnya bukan sahaja menampakkan kesan, malahan bila diperhatikan ia seperti Barah. barah yang mampu mematikan segenap jiwa dia.

Bukan tindakkan dia yang seperti lupa akan adik-beradiknya, bukan tindakkan dia seperti tiada beradik dalam kehidupan. tetapi fikirkanla, sepanjang kehidupannya, dari bayi yang baru beberapa bulan, membesar ke kanak-kanak yang mampu berjalan kemudian remaja yang sering memerhatikan dunia dan dewasa dalam menjalni kehidupan, Hidupnya tanpa seorang pon yang begelar adik-beradik. kemana mereka? Emak... kenapa pisahkan dia dan adik-beradiknya, sedangkan kembarnya mampu di pelihara, diberikan kasih  sayang, tapi mengapa dia di buang.

saat dia rindukan belaian seorang Ibu, digerakkan kakinya kerumah ibunya, namun kehadiran seperti tidak diendahlan kewujudannya. kemana hilangnya kasih sayang seorang ibu buat dia..? kemana ? 

Hanya berbekalkan kasih Atuk dan nenek yang masih utuh buat dirinya, dia dibesarkan dengan penuh kesederhanaan. Untungnya adik-beradik yang lain, penuh dengan kasih sayang, sedangkan dia umpama terdampar di tepian pantai kasih yang makan masa untuk kering. Persoalan yang sering menerjah minda saat merajuk membawa diri di kebun getah " apalah salah aku, mak benci sangat sampai xnak langsung besarkan aku sejak dari kecil" air mata bukan lagi sekadar peneman, tetapi umpama sebahagian pelengkap hidupnya.

memejamkan mata seketika, membetulkan rasa sakit didalam jiwa mengingati kisah dahulu. kadang kala , penat untuk membawa diri dan jiwa yang luka bersua bersama mereka. rasa sakit yang masih berbaki, tetap berparut dihati, susah untuk dikutil, buang dari diri. 

Buat anak-anak, Ibu mu akan selalu berusaha memberikan kasih sayang yang secukupnya, walaupon terpaksa digantikan dengan nyawa. Ibu akan berusaha memastikan anak-anak ibe ber-8 memperolehi apa yang sepatutnya kamu perolehi dengan ayah mu. Keberadaan Ayah mu, dan keluarganya menyerikan lagi sebuah ikatan kasih sayang yang kurang dalam kehidupan ibu .

buat Ahli keluarga ku, Bukan niat merenggangkan ikatan persaudaraan kita, tetapi aku mempunyai keluarga lain yang perlu diperhatikan juga. ketiadaan ku dahulunya tidak pernah diperkatakan, jangan diukit buat kali ini. kerna aku sudah biasa untuk tidak bersama kalian dari dahulu kalinya. 



notakaki: kalau dahulu tidak pernah diendahkan, mengapa sekarang pula dipertikaikan, 


No comments:

Post a Comment