jangan katakan "ESOK".. Kerna ia bkn milik anda.. dan bkn milik sy.. tp apa y pasti..APA y ada ,berlaku "ESOK"..adalah takdir YANG Maha Kuasa

Saturday, January 7, 2012

Cinta

Ku mencari cinta nan suci, 
Tanpa pengaruh nafsu duniawi, 
Terasa sukar jalan yang ditempuhi, 
Penuh liku dan onak duri.  


Sudah lama ku mencari-cari,
Cinta yang suci tidak bertepi, 
Setelah lama ku menghausi, 


Akhirnya, 
cinta murni-Mu dimiliki hati.  


Ya Allah,
cinta-Mu, 
Sungguh indah dan syahdu, 


Ya Rahman, 
Kasih-Mu,
Mencairkan hatiku yang keras dan kaku.  


Titisan hidayah-Mu penyejuk jawarih ini,
Dingin mengalir bagai dibasahi,
Ku cuba dekati, 
dan ku pasti, 
Rahmat-Mu selautan mata air Firdausi.  


Ya Allah, 
redha-Mu ku cuba suluhi, 
Agar ku bisa bertemu dengan-Mu nanti,
Moga redha-Mu mengiringi roh ini, 
Menerusi cahaya mahabbah Ilahi...  




notakaki : Mencintaila segalanya dengan Niat kerna Allah

No comments:

Post a Comment