seandainya lelaki tahu,
apabila seorang wanita jatuh cinta kepadanya, bukan kerna dia mempunyai segalanya,
tetapi dia adalah segalanya dalam diri seorang wanita.
seandainya lelaki tahu,
apabila seorang wanita itu menggugurkan air matanya,
bukan tanda dia lemah akan cintanya.
tetapi itu tanda die ingin terus kuat bersama cintanya untuk hari mendatang
seandainya lelaki tahu,
apabila seorang wanita itu merajuk,
bukan ia mengada-ngada
tetapi die mula merasakan hilangnya perhatian
seandainya lelaki tahu,
apabila seorang wanita itu marah,
bukan dia tidak tahu mengawal emosinya,
itu maknanya ia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu.
seandainya lelaki tahu,
seorang wanita mahukan die berubah,
bukan dia tidak boleh menerima kekurangan yang ada,
tetapi die mahu kamu menjadi yang terbaek untuk masa yang akan datng
seandainya lelaki tahu,
seorang wanita jarang menyatakan "i love you"
bukan kerana tiada perasaan cintanya ,
tetapi die mahu kamu merasakannya sendiri dari dari bahasa tubuh dan tindakkannya,
bukannya dari kata-kata yang banyak berdusta
seandainya lelaki tahu,
apabila wanita menyatakan dia merindui kamu,
itu benar.. kerna setiap langkahnya,akan membayangkan diri mu.
seandainya lelaki tahu,
Allah menciptakan lelaki dan wanita itu berbeza dari zahir dan batinnya.
tetapi sekiranya mereka saling memahami,maka mereka akan melengkapi antara satu sama lain dan membentuk satu kesempurnaan.
Wanita itu dicipta Oleh Allah cukup indah sekali,
kerana setiap titisan air matanya adalah kekuatan yang sedang digenggam.
walaupun zahirnya kelihatan lemah.
No comments:
Post a Comment