jangan katakan "ESOK".. Kerna ia bkn milik anda.. dan bkn milik sy.. tp apa y pasti..APA y ada ,berlaku "ESOK"..adalah takdir YANG Maha Kuasa

Saturday, January 8, 2011

PENSIL EGGIE(story si bickot meryyy)

Eggie seorang anak yatim yang tinggal bersama neneknya,Nenek Mok. Sejak lahir lagi dia tinggal bersama Nek Mok. Nek Mok ialah satu-satunya keluarga yang dimiliki oleh Eggie. Ibu bapa Eggie meninggal sejak dia kecil lagi. Ahmaad dan Aminah meninggal dunia kerana terlibat dalam sebuah kemalangan. Sejak itulah,Nek Mok menjadi tempat Eggie mengadu kasih. Nek Mok dan Eggie tinggal di dalam sebuah rumah usang peninggalan arwah Tok Mat. Mereka hidup dalam keadaan,kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Namun begitu,ia tidak menghalang Nek Mok untuk menghantar Eggie ke sekolah seperti kanak-kanak yang sebaya dengannya.
Eggie merupakan seorang kanak-kanak yang pintar dan menghormati orang yang lebih tua daripadanya. Di sekolah,Eggie sering memperolehi kedudukan yang terbaik dalam kelaznya. Dia sering menjadi contoh dalam kalangan rakan-rakannya. Namun begitu, Fika,rakan sekelasnya tidak senang akan keistimewaan yang diperolah oleh Egggie. Fika merupakan anak Guru Besar di tempat Mereka belajar. Dia seorng yang bongkak dan bangga diri.
Pada suatu hari,Eggie  terpadang akan sebatang pensil yang agak unik bentuknya. Pensil tersebut bewarna merah dan saiznya luar biasa daripada pensil yang lain. Pensil tersebut lebih panjang daripada pensil-pensil yang lain. Hal ini menarik minat Eggie untuk membelinya.
“menarik betul pensil itu. Panjang pula. Kalau aku ada duit,boleh aku membelinya,” kata Eggie di dalam hati. “Eggie!!!!!!” jerit Aden. Mengejutkan lamunan Eggie. “hei!!!! Kau berangan apa? Berangankan Lisa ya? Hahahah,” senda Aden. “mana ada. Aku pandang pensil itu,” sambil Eggie mengarahkan tangannya ke arah pensil yang berada di dalam almari koperasi sekolahnya.
“ooo,aku Fikir kau ingatkan Lisa adik aku tu,” sambung Aden sambil menjengok-jengok ke dalam koperasi. “kau cari apa Aden?” tanya Eggie. “Cari Cikgu adus. Nak beli aiskrim. Kau nak?” tawar Aden kepada Eggie. “ Tak apa la. Dah banyak kali kau belanja aku. Nanti tak mampu aku nak balas jasa kau,” ujar Eggie dengan sayu. “ Hei, kita kan kawan! Kawan susah senangkan ?” tanya Aden. “ yela-yela. Bagi aku aiskrim itu” acuh Eggie. “ wah!!!! Lawan Tokey nampak,” jawab Aden. “hahahahahahahaha...” gelak mereka bersama-sama.
Di rumah,Eggie masih teringatkan pensil tersebut. Dia betul-betul ingin membelinya. Tetapi dia tidak sampai hati untuk menyusahkan Nek Mok. “Eggie, ke mari,” panggil Nek Mok. “ya nek,” jawab Eggie.” Nek lihat Eggie monyok je hari ini. Kenapa?”tanya Nek Mok. “ tak ada apa-apa nek,” sayu jawapannya. “ katakan saja, kalau ada masalah berkaitan dengan sekolah kamu,” jelas Nek Mok. “ Eggie nak Beli pensil Baru nek. Tapi Eggie tiada duit,” jelan Eggie. “ pensil yang laen?” tanya Nek Mok. “ satu-satunya pensil Eggie dah pendek Nek,”jawab Eggie. “ berapa?” tanya Nek Mok. “RM 3.50 nek,” jawab Eggie menundukkan kepalanya. “Nek tiada  duit lagi la Eggie. Kalau Eggie inginkan segera, Eggie cuba pinjam pada Pak cik Uteh,” cadang Nek Mok.” Tak pa la nek. Bukan penting pun. Eggie boleh guna lagi pensil yang lama,’ sayu hati Nek Mok mendengar jawapan Eggie.
Sudah 3 hari berlalu. Eggie masih tidak dapat mencari wang bagi membeli pensil idamannya. “Eggie kau kenapa? Macam ayam berak kapur je muka dalam 2 3 hari ini,” tanya Aden. “ Aku nak beli pensil tu,” sambil menunjukkan jarinya ke arah almari koperasi.” Pinjam duit Lisa dulu,” tawar Lisa. “ Tak apa Lisa, Eggie nak beli Guna duit sendiri,”jelas Eggie.” Ala.. malu-malu kucing pula kau ni Eggie. Penting sangat ke pensil itu?” tanya Aden.
“ kamu berdua dah banyak kali tolong aku. Kali ini biar aku usasa sendiri. Pensil tu unik,”jelas Eggie. “ apa yang uniknya? Aku lihat sama saja macam pensil lain,” tanya Aden lagi. “ Cuba korang tengok. Saiz pensil tu lebih besar dan panjang serta berwarna merah. Mudah cikgu perasankan masa aku angkat tangan hendak menjawab soalan,” jelas Eggie. Saiz  Eggie yang kecil dari pelajar lain menyebabkan dia sering di ejek. Malahan di dalam kelas,cikgu sering tidak perasan ketika dia mengangkat tangan untuk bertanya atau menjawab soalan.
“Bijaklah kau ni. Badan je kecil,otak kancil,” puji  Aden. ”kkkrriiiiiiiingggggggggggg, ”Eh..! lonceng dah bunyi. Jom masuk kelaz,” ajak Eggie. “ jom,” jawab Aden dan adik kembarnya Lisa. Dari jauh Fika memandang setiap perlakuan Eggie dan kawan-kawannya.
Sedang Eggie berjalan pulang sendirian. “ Hei budak pendek,!!!” jerit Fika dari belakang Eggie. “Kenapa? Kau panggil aku ke? Aku ada nama la. Nama aku Eggie,” jawab Eggie. “ Tak payah la nak tunjuk pandai kat sini. Kau ingat kau pandai, semua orang suka kau ke?” jerkah Fika. “tak sedar diri pendek. Orang miskin. Anak yatim piatu. Entah-entah anak terbuang,” ejek Fika. Eggie hanya mendiamkan diri. Eggie sudah lali di ejek sebegitu oleh Fika. Dia hanya mampu besabar dan diam. “ aduh!!!,’” jerit Eggie. Dia di tolak oleh Fika dan rakannya ,lalu jatuh kedalam anak sungai. Habis bajunya basah dan kakinya luka.
“Eggie, kenapa basah ni?” tanya Nek Mok. “ Tak ada apa-apa nek. Eggie jatuh tadi,” jawab Eggie untuk menutup keadaan yang sebenar. Bukannya Nek Mok tidak tahu pekara yang sebenar. Dia tahu, Eggie pasti telah diganggu oleh Fika. Penah sekali sampai berdarah kepala Eggie di buat Fika. Tapi Eggie lebih suka mendiamkan diri.”Sudah lah. Pergi masuk dan mandi. Nanti kita makan sama-sama,” pujuk Nek Mok. “ Ari ni nek masak apa?” tanya Eggie. “pucuk ubi dan telur goreng,” jawab Nek Mok. “ sedap tu. Tunggu Eggie ya nek,” jawab Eggie.” Yela Eggie,” balas Nek Mok.
“ Eggie budak pendek...yea!! yea!! Eggie bdak pendek.. Eggie tak ada emak.. Eggie tak ada ayah..!!!” kedengaran suara kanak-kanak mengejek Eggie. “Eggie anak pungut. Kau anak pungut,!!!!” suara Fika kedengaran di telinga Eggie. Dia melihat ramai orang mengejek-ngejeknya. “Tidak!!!!!!!!!!!!!! Aku bukan anak pungut,” bentak Eggie.” Eggie, kenapa ni?” tiba-tiba lamunan Eggie hilang. “Eh, Eggie mimpi la Nek,” balas Amen. “ ish budak ni. Sudah pergi basuh kaki dahulu. Solat dahulu,baru tidur,” sambung Nek Mok.” Baik Nek,”jawab Eggie.
Setelah Eggie selesai solat, dia keruang tamu untuk mengulangkaji. “ Eggie, ke sini sebentar Cu,” panggil Nek Mok. “ ya Nek. Ada apa yang Amen boleh bantu,” balas Eggie. “petang tadi nenek ada bertanya Pak Uteh kalau-kalau dia boleh meminjamkan kita RM3.50 yang Eggie inginkan,”terang Nek Mok. “ Eh, nenek! Kenapa nak pinjam pula. Tak perlu la. Eggie tidak mahu lagi pensil itu,”dalih Eggie. “ Nenek tahu,kamu memang memerlukan Pensil itu. Tapi Pak Uteh cakap, kamu perlu membantu menebas kebunnya. Dia akan memberi ganjaran dengan wang yang kamu inginkan itu,” sambung Nek Mok. “ Kalau begitu baru Eggie setuju. Baru berbaloi,” jawab Eggie dengan riang.
Di sekolah,” Eggie,jom petang ni kita pergi memanjing ikan,” tawar Aden. “Eh, tak boleh Aden! Aku dah janji dengan Pak Uteh untuk menebas di kebunnya. Janji kena kita tepati,” jelas Eggie. “ oh,baiklah kalu begitu! Mari cikgu sudah masuk,” balas Aden. Ketika lalu di hadapan koperasi, Eggie menjengok-jengokkan kepalanya. Mencari pensil tersebut. Takut-takut sudah di beli pelajar lain. Dia tersenyum melihat pensil tersebut masih berada di situ.” Sabar ya pensil, tak lama lagi aku beli kau,” bicara Eggie di dalam hatinya sambil tersenyum. Fika melihat Eggie dari jauh. Dia merancang untuk mengenakan EGGIE lagi.
Di dalam kelas,” bangun!!! Selamat pagi cikgu,” ucap para pelajar. “ selamat pagi anak-anak. Lisa Kumpulkan kerja rumah semalam,”pinta Cikgu Dut. “baik cikgu” balas Lisa,selaku ketua kelas. “eh,mana buku aku?” kata Eggie. “mengapa Eggie?” tanya Aden.   “ kau nampak tak buku aku. Yang aku tunjukkan pagi tadi,” balas Eggie. “Eh, tidak! Bukankah kau letak di dalam beg tadi?” tanya Aden. “ Tiada lah,” balas Eggie lagi. “ cikgu Eggie tak siap kerje,” tiba-tiba Fika mengadu kepada cikgu Dut. “ betul kah Eggie.” Tanya Cikgu Dut.  “ saya siap dah cikgu. Tapi buku saya hilang,” jelas Eggie. “ Alasan je tu cikgu. Denda je dia cikgu,”sampuk Fika. “mesti kerje budak gemuk ni,” teka Aden di dalam hati. “ Eggie saya tidak boleh pilih kasih. Saya tidak boleh lepaskan awak sebab awak pelajar pintar,”terang Cikgu Dut. “ saya faham cikgu,” jeas Eggie. Eggie berdiri sepanjang kelas. Fika tersenyum puas.
“Pak Uteh nak tebas mana ni,”tanya Eggie. “ Di sana Eggie,” tunjuk Pak Uteh. Eggie menbantu ayah saudaranya itu menebas semak di kebunnya. Sayu melihat kerajinan Eggie. Pak Uteh rasa bertuah memiliki anak sedaranya itu. Dia bukan mahu mengambil kesempatan, tapi ingin mengajar Eggie dalam erti usaha. Dari pagi hingga ke petang, Eggie menbantu Pak Uteh. “ sudah la Eggie. Maru kita pulang,” ajak Pak Uteh. “ Baik Pak Uteh,” jawab Eggie. “ ini dia upah Eggie,” sambil menghulurkan wang Rm 20. “ eh, banyak sangt ni Pak Uteh!” jawab Eggie dengan nada terkejut. “ Tak apa. Setimpal dengan kerja Eggie. Simpan. Jangan beli yang bukan-bukan,” pesan Pak Uteh. “ Baik Pak Uteh,” jawab Eggie dengn gembira.
“Nek!!!!!!!!!!! Eggie dah balik,” pekik Eggie kegembiraan. “ Gembiranya cucu nenek,”balas Nek Mok. “ mesti lah, terima kasih nenek. Ini duitnya nenek amek la. Eggie nak RM 3.50 je,” jelas Eggie. “ ini duit kamu. Kamu la simpan,” balas Nek Mok. “ tak apa la. Nek simpankan ye,” pinta Eggie. “ Baik la Men,: jawab nek Mok.
“Yes. Esok aku boleh beli pensil tu,” kata Eggie di dalam hatinya. Akhirnya impian Eggie untuk membeli pensil itu akan tercapai. Di sekolah, Eggie tidak sebar-sabar menunggu waktu rehat. “ Kenapa dengan kau ni Eggie?” tanya Aden. Jawab Eggie,”tak apa-apa. Aku nak ke koperasi sekejap”. “Cikgu Daud, saya nak beli pensil itu,”pinta Eggie sambil tangannya melambai-lambai Cikgu Daud. “ Terima kasih Cikgu,” ucap Eggie. “ sama-sama,” balas cikgu Daud dengan senyuman.
“wah, pensil baru!” puji Aden. “ mestila. Akhirnya dapat juga,” jawab Eggie. Tiba-tiba,” eleh pensil murah pun nak bising,” celah Fika. “ Biarla, janji Eggie beli dengan usaha dia. Bukan macam kau. Suka curi barang orng laen,”bidas Aden.” Dah la Aden. Jom kita pergi,” pinta Eggie.
“ Aden jom jumpa cikgu Dut. Aku nak bagi buku latihan yang aku hilang hari tu,” kata Eggie. “Jom. Aku pun hendak tanya soalan ni. Eh,kalau ye pun,tinggallah pensil itu dulu,” balas Aden. “ Hehehehe.. saja je,”jawab Eggie sambil meletakkan pensil itu ke dalam begnya.
Ketika Aden dan Eggie sibuk berjumpa dengan Cikgu Dut, Fika megambil kesempatan dengan membuka beg Eggie. Lalu dia mengambil pensil yang baru dibeli oleh Eggie. “Padan muka kau. Inilah balasannya,” kata Fika di dalam hati.
Di dalam kelas,” eh, Aden. Pensil saya tiadalah. Awak nampak saya masukkan dalam begkan?”tanya Eggie. “ Hilang lagi barang kau? Dah lebih Fika ni. Tengok tu,” sambil menunjuk ke arah Fika. Fika sedang menunjuk-nunjuk pensil yang seakan-akan kepunyaan Eggie. “ Fika tu pensil Eggie kan,” tanya Aden. “Mana ada ini pensil aku. Aku beli tadi. Apa bukti kau cakap ini pensil Eggie?” balas Fika. “ Eggie?”tanya Aden. “ Aku tak tanda apa-apa lagi tadi. Tapi pensil tu ada satu saja di koperasi. Jadi itu ku punya,” jelas Eggie. Sedang mereka bertengkar, Cikgu Nazirah masuk.” Hei,kenapa gaduh-gaduh ni?” tanya Cikgu Nazirah. “ Eggie ni cikgu. Dia kata pensil ini dia punya. Padahal tiada bukti pun,” kata Fika.
“sudah. Eggie awak tiada bukti ,yang itu pensil awak. Jadi jangan cuba untuk mengambilnnya,” kata Cikgu Nazirah dengan tegas. “ Baik cikgu,” jawab Eggie dengan nada kecewa. Eggie duduk di kerusinya manakala Fika tersenyum puas dapat mengenakan Eggie.
“rriiinnnggggggggg..Riinngggg!!!!! masa untuk pulang,” jerit rakan-rakan Eggie.  “woi budak penipu tak nak balik ke?” ejek Badrul kepada Eggie. Eggie hanya memandang dan berlalu pergi. Dalam perjalanan pulang ,Eggie terlihat Fika berjalan ke arah anak sungai yang berhampiran dengan sekolah mereka. Eggie mengikuti pergerakan Fika.
Eggie melihat Fika sedang mengeluarkan sebatang rokok. Kemudian dia menghisapnya. “ Fika kau buat ape tu?” tegur Eggie. “ Fika terkejut,lalu mencampakkan rokoknya ke dalam sungai. “ Kau buat apa kat sini. Kau nak balas denda ye. Kalau bagitau ayah aku. Aku akan pastikan kau di buang sekolah,” gertak Fika. Tidak semena-mena,tiba-tiba Fika tergelincir dan terjatuh ke dalam sungai. Dia terkapai-kapai kelemasan.

Eggie  terkejut.dengan pantas dia terjun untuk menyelamatkan Fika. Dalam beberapa minit. Eggie berjaya membawa Fika ke darat. Eggie cuba menyedarkan Fika. Kemudian Fika tersedak dan tersedar. Dia terkejut kerana Eggie menyelamatkan dia. “Kenapa kau menyelamatkan aku. Sepatutnnya kau membalas semua perbuatan aku,” kata Fika. “Fika, tidak semua pekara jahat perlu di balas jahat. Aku dididik untuk sentiasa bersabar dan menerima takdir,”jelas Eggie. Fika terkedu sebentar. Dia berasa malu dengan semua tindakkan dia selama ini. Baru dia sedar mengapa Eggie sentiasa mendapat perhatian orang lain. Kerana Eggie seorang yang berhati mulia. “ Eggie maafkan aku ,”pinta Fika. “ Tidak apa lah,” jelas Eggie. Mereka bersalam-salaman dan berbaik semula.
Selepas kejadian itu, Fika menerangkan segala perbutannya kepada ayahnya Guru besar mereka. Fika memohon maak kepada Nek Mok dan rakan-rakannya. Fika kembali menjadi seorang urid yang baik. Dia juga sentiasa bersama Eggie dan Aden.
 

No comments:

Post a Comment